Asalamualaikum dan salam sejahtera... Nampak sangat aku sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Hari ini aku ada kelapangan masa sedikit.Aku merupakan menantu tunggal dalam keluarga isteriku. Aku menantu dan aku jugalah hantu...
Bapa mertuaku seorang bekas komando pencen. Dengar sahaja komando mesti semua orang ingat kegarangan dan ketegasan mukanya tetapi berlainan dengan bapa mertuaku yang aku panggil abah. Orang yang sangat aku hormati selain orang tuaku sendiri. Beliau seorang yang sangat baik dan sangat aku kagumi kerana sikapnya yang sentiasa mendidik diriku bermasyarakat. Cakap sahaja kenduri mana yang aku tak ikut abah. Semuanya aku pergi. Beliau bernama Mahmood bin Mat. Berumur 63 tahun dan masih kuat berjogging setiap hari. Pernah aku ikut berjogging tapi aku tewas di pertengahan. Aku jauh lebih muda daripada beliau.
Abah sangat menyayangi anak tunggalnya iaitu isteriku. Menurut kata isteriku, beliau tidak pernah memukul atau merotannya. Marah pun tak pernah. Begitulah sayangnya pada isteriku yang seorangni. Aku sering mendengar cerita di zaman beliau masih menjadi komando. Makan katak pun pernah. Semua kerja gila pernah dibuat semasa menjadi komando. Beliau sangat marah kalau askar zaman sekarang mengadu hal-hal yang remeh temeh seperti raging. Benda macam tu di anggap sangat biasa. Setakat berdarah sana sini beliau dah rasa. Patah sana sini beliau dah alami. Itulah baru komando sejati.
Aku tabik padamu komando...
No comments:
Post a Comment