Monday 26 September 2011

Penatnya Rumah Terbuka

Semalam 25 September 2011 Taman Sekiah Makmur telah mengadakan Sambutan Hari Raya. Aku dan rakan-rakan Taman Sekiah telah bertungkus lumus bergotong royong dari malam Ahad  lagi. Kami mula menyediakan juadah seperti lemang dan rendang bermula jam 9.00 malam. Aku lihat Pengerusi dan timbalan pengerusi Taman Sekiah telah awal sampai ke tempat penyediaan makanan. Memang layaklah mereka dilantik penduduk taman sebagai ketua bagi kami. Aku juga merupakan salah seorang AJK. Bersyukur dapat menjadi warga taman sekiah makmur yang sangat hebat. Taman Sekiah Makmur terletak di Behrang Ulu, Tanjung Malim. Lokasinya sangat cantik kerana berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa.

80% penduduk Taman Sekiah telah keluar bergotong-royong pada malam tersebut. Dari yang tua hinggalah kanak-kanak turut serta dalam aktiviti tersebut. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu perkara yang kurang baik. Menurut pengerusi taman, ayam yang hendak dibuat rendang telah busuk dan tidak boleh digunakan. Apalagi berlakulah keadaan yang kalut. Dengan serta merta kami sepakat mencari altenatif dengan bergerak ke TF Value untuk mencari ganti ayam-ayam yang telah busuk itu tadi. Alhamdulillah akhirnya kami dapat membeli ayam yang baru dan dengan kerjasama penduduk taman yang semakin ramai kami berjaya memproses ayam-ayam tersebut untuk memasak rendang. Pelbagai peristiwa lucu dan kami semakin kenal-mengenali antara satu sama lain. Kami selesai membakar lemang pada jam 2 pagi. Badan terasa sangat letih dan puas.

Tepat jam 11.30 pagi hari Ahad ketibaan tetamu-tetamu VIP. Majlis Sambutan Hari Raya Taman kami diserikan dengan kehadiran Dato Seri Ong Ka Chuan yang telah memberi sumbangan sebanyak RM5000.Aku dan rakan-rakan taman sekiah sangat gembira dan hampir keseluruhan penduduk taman telah menghadirkan diri. Sambutan Hari Raya Taman mencapai objektif kami. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan tidak berlaku pembaziran. bersambung....

Friday 23 September 2011

Sumber Inspirasiku

Ayah...
Tn Hj Busah bin Abu Bakar. Hensem juga macam anaknye.Umur dah 66 tahun. Masih berkhidmat sebagai seorang pendidik. Anak-anak dah tak larat suruh berhenti mengajar tapi dah hobi beliau. Aku betul-betul kagum dengan semangat yang ada pada insan yang menjadi mentor dalam kerjaya aku sebagai guru. Aku mempunyai 6 beradik dan 3 daripadanya mengikut jejak langkah ayah. Bila pulang ke kampung halaman memang kami akan bercerita tentang kehidupan sebagai guru dan memang susah nak lawan Tn Hj Busah. Beliau menggelarkan kami guru 25. Maksudnya setiap 25 haribulan dapat gaji. Yalah zaman sekarang mesti pikir pasal duit.
Ayah...
Paling aku kagum dengan sikap beliau ialah masih mengajar pada waktu pagi untuk kelas tambahan tahun 6. Pukul 7 pagi dah masuk kelas. Keputusan peperiksaan selalunya memang dasyat giler. Bahasa Inggeris selalu mesti ramai budak yang dapat A. Otailah katakan. Buku ringkasan jangan lawanlah. Sampai la ni masih tulis. Tak pernah pun merungut macam aku. Pencen dah 10 tahun tapi masih diperlukan khidmat baktinya dan dah mengajar secara kontrak selama 10 tahun. Kementerian kata sampai ayah aku sendiri yang angkat tangan nak berhenti. Selagi kudrat masih ada masih boleh berkhidmat. Gaji campur pencen 6 ribu beb. Duduk kampung, makan tak abis. Baruni abang sulung racun suruh ayah beli myvi best. Dia beli keretatu enjin dia bunyi cash...cash.... tak macam kereta aku bunyi dia tang...tang...
Bersambung di lain kali...

.: Pembukaan Rasmi Blog Aku

Blog aku mula dibuka hari ini dengan rasmi dan ucapan selamat datang kepada mereka yang sudi berkunjung.... Semoga bertambah ukhuwah di antara kita.....