Semalam 25 September 2011 Taman Sekiah Makmur telah mengadakan Sambutan Hari Raya. Aku dan rakan-rakan Taman Sekiah telah bertungkus lumus bergotong royong dari malam Ahad lagi. Kami mula menyediakan juadah seperti lemang dan rendang bermula jam 9.00 malam. Aku lihat Pengerusi dan timbalan pengerusi Taman Sekiah telah awal sampai ke tempat penyediaan makanan. Memang layaklah mereka dilantik penduduk taman sebagai ketua bagi kami. Aku juga merupakan salah seorang AJK. Bersyukur dapat menjadi warga taman sekiah makmur yang sangat hebat. Taman Sekiah Makmur terletak di Behrang Ulu, Tanjung Malim. Lokasinya sangat cantik kerana berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa.
80% penduduk Taman Sekiah telah keluar bergotong-royong pada malam tersebut. Dari yang tua hinggalah kanak-kanak turut serta dalam aktiviti tersebut. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu perkara yang kurang baik. Menurut pengerusi taman, ayam yang hendak dibuat rendang telah busuk dan tidak boleh digunakan. Apalagi berlakulah keadaan yang kalut. Dengan serta merta kami sepakat mencari altenatif dengan bergerak ke TF Value untuk mencari ganti ayam-ayam yang telah busuk itu tadi. Alhamdulillah akhirnya kami dapat membeli ayam yang baru dan dengan kerjasama penduduk taman yang semakin ramai kami berjaya memproses ayam-ayam tersebut untuk memasak rendang. Pelbagai peristiwa lucu dan kami semakin kenal-mengenali antara satu sama lain. Kami selesai membakar lemang pada jam 2 pagi. Badan terasa sangat letih dan puas.
Tepat jam 11.30 pagi hari Ahad ketibaan tetamu-tetamu VIP. Majlis Sambutan Hari Raya Taman kami diserikan dengan kehadiran Dato Seri Ong Ka Chuan yang telah memberi sumbangan sebanyak RM5000.Aku dan rakan-rakan taman sekiah sangat gembira dan hampir keseluruhan penduduk taman telah menghadirkan diri. Sambutan Hari Raya Taman mencapai objektif kami. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan tidak berlaku pembaziran. bersambung....
No comments:
Post a Comment