Thursday 10 November 2011

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SK BALUN

Majlis Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia
telah dirasmikan oleh Guru Besar
SK Balun Pn. Hjj. Noor Iemah bt Ismail
pada 31hb. Oktober 2011





Guru Pusat Sumber SK Balun
Pn. Zalifah binti Ahmad memberikan sedikit
ucapan alu-aluan dan menjemput Guru Besar
SK Balun merasmikan Kem Membaca 1 Malaysia.

Membaca Jambatan Ilmu
Marilah Kita Membaca Buku

Wednesday 9 November 2011

TEMASYA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BALUN KALI KE-17

Temasya Sukan Tahunan SK Balun pada tahun ini
telah diadakan pada 8hb Oktober 2011.Walaupun
cuaca kurang baik, namun temasya sukan
ini berjaya dilaksanakan dengan semangat kesukanan
yang tinggi untuk setiap warganya. Sekalung penghargaan
kepada sesiapa sahaja yang telah memberikan
kerjasama dan sokongan bagi menjayakan
temasya sukan pada tahun ini


                                                         Rumah Kuning(Spongebob)

                                                            Rumah Biru (Supersonic)


                                                            Rumah Merah(Red Dragon)


Guru Besar Pn. Hjj. Noor Iemah memberikan
cenderahati kepada Perasmi

Sukan Tahunan SK Balun Kali ke 17


 

Thursday 27 October 2011

MURID SK BALUN HAFAL SIFIR

Pelajar diuji sifir oleh Cikgu Shahir. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Program ini dinamakan memto-menti sifir.

Friday 14 October 2011

KAEDAH MENGAJAR MATEMATIK DENGAN NYANYIAN

                                                         PENGENALAN BONGKAH

Wednesday 5 October 2011

ABAH MERTUAKU

Asalamualaikum dan salam sejahtera... Nampak sangat aku sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Hari ini aku ada kelapangan masa sedikit.Aku merupakan menantu tunggal dalam keluarga isteriku. Aku menantu dan aku jugalah hantu...
Bapa mertuaku seorang bekas komando pencen. Dengar sahaja komando mesti semua orang ingat kegarangan dan ketegasan mukanya tetapi berlainan dengan bapa mertuaku yang aku panggil abah. Orang yang sangat aku hormati selain orang tuaku sendiri. Beliau seorang yang sangat baik dan sangat aku kagumi kerana sikapnya yang sentiasa mendidik diriku bermasyarakat. Cakap sahaja kenduri mana yang aku tak ikut abah. Semuanya aku pergi. Beliau bernama Mahmood bin Mat. Berumur 63 tahun dan masih kuat berjogging setiap hari. Pernah aku ikut berjogging tapi aku tewas di pertengahan. Aku jauh lebih muda daripada beliau.

Abah sangat menyayangi anak tunggalnya iaitu isteriku. Menurut kata isteriku, beliau tidak pernah memukul atau merotannya. Marah pun tak pernah. Begitulah sayangnya pada isteriku yang seorangni. Aku sering mendengar cerita di zaman beliau masih menjadi komando. Makan katak pun pernah. Semua kerja gila pernah dibuat semasa menjadi komando. Beliau sangat marah kalau askar zaman sekarang mengadu hal-hal yang remeh temeh seperti raging. Benda macam tu di anggap sangat biasa. Setakat berdarah sana sini beliau dah rasa. Patah sana sini beliau dah alami. Itulah baru komando sejati.

Aku tabik padamu komando...

Monday 26 September 2011

Penatnya Rumah Terbuka

Semalam 25 September 2011 Taman Sekiah Makmur telah mengadakan Sambutan Hari Raya. Aku dan rakan-rakan Taman Sekiah telah bertungkus lumus bergotong royong dari malam Ahad  lagi. Kami mula menyediakan juadah seperti lemang dan rendang bermula jam 9.00 malam. Aku lihat Pengerusi dan timbalan pengerusi Taman Sekiah telah awal sampai ke tempat penyediaan makanan. Memang layaklah mereka dilantik penduduk taman sebagai ketua bagi kami. Aku juga merupakan salah seorang AJK. Bersyukur dapat menjadi warga taman sekiah makmur yang sangat hebat. Taman Sekiah Makmur terletak di Behrang Ulu, Tanjung Malim. Lokasinya sangat cantik kerana berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa.

80% penduduk Taman Sekiah telah keluar bergotong-royong pada malam tersebut. Dari yang tua hinggalah kanak-kanak turut serta dalam aktiviti tersebut. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu perkara yang kurang baik. Menurut pengerusi taman, ayam yang hendak dibuat rendang telah busuk dan tidak boleh digunakan. Apalagi berlakulah keadaan yang kalut. Dengan serta merta kami sepakat mencari altenatif dengan bergerak ke TF Value untuk mencari ganti ayam-ayam yang telah busuk itu tadi. Alhamdulillah akhirnya kami dapat membeli ayam yang baru dan dengan kerjasama penduduk taman yang semakin ramai kami berjaya memproses ayam-ayam tersebut untuk memasak rendang. Pelbagai peristiwa lucu dan kami semakin kenal-mengenali antara satu sama lain. Kami selesai membakar lemang pada jam 2 pagi. Badan terasa sangat letih dan puas.

Tepat jam 11.30 pagi hari Ahad ketibaan tetamu-tetamu VIP. Majlis Sambutan Hari Raya Taman kami diserikan dengan kehadiran Dato Seri Ong Ka Chuan yang telah memberi sumbangan sebanyak RM5000.Aku dan rakan-rakan taman sekiah sangat gembira dan hampir keseluruhan penduduk taman telah menghadirkan diri. Sambutan Hari Raya Taman mencapai objektif kami. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan tidak berlaku pembaziran. bersambung....

Friday 23 September 2011

Sumber Inspirasiku

Ayah...
Tn Hj Busah bin Abu Bakar. Hensem juga macam anaknye.Umur dah 66 tahun. Masih berkhidmat sebagai seorang pendidik. Anak-anak dah tak larat suruh berhenti mengajar tapi dah hobi beliau. Aku betul-betul kagum dengan semangat yang ada pada insan yang menjadi mentor dalam kerjaya aku sebagai guru. Aku mempunyai 6 beradik dan 3 daripadanya mengikut jejak langkah ayah. Bila pulang ke kampung halaman memang kami akan bercerita tentang kehidupan sebagai guru dan memang susah nak lawan Tn Hj Busah. Beliau menggelarkan kami guru 25. Maksudnya setiap 25 haribulan dapat gaji. Yalah zaman sekarang mesti pikir pasal duit.
Ayah...
Paling aku kagum dengan sikap beliau ialah masih mengajar pada waktu pagi untuk kelas tambahan tahun 6. Pukul 7 pagi dah masuk kelas. Keputusan peperiksaan selalunya memang dasyat giler. Bahasa Inggeris selalu mesti ramai budak yang dapat A. Otailah katakan. Buku ringkasan jangan lawanlah. Sampai la ni masih tulis. Tak pernah pun merungut macam aku. Pencen dah 10 tahun tapi masih diperlukan khidmat baktinya dan dah mengajar secara kontrak selama 10 tahun. Kementerian kata sampai ayah aku sendiri yang angkat tangan nak berhenti. Selagi kudrat masih ada masih boleh berkhidmat. Gaji campur pencen 6 ribu beb. Duduk kampung, makan tak abis. Baruni abang sulung racun suruh ayah beli myvi best. Dia beli keretatu enjin dia bunyi cash...cash.... tak macam kereta aku bunyi dia tang...tang...
Bersambung di lain kali...

.: Pembukaan Rasmi Blog Aku

Blog aku mula dibuka hari ini dengan rasmi dan ucapan selamat datang kepada mereka yang sudi berkunjung.... Semoga bertambah ukhuwah di antara kita.....